Pempengaruh temui ajal selepas buat 'live' minum arak

Pempengaruh temui ajal selepas buat ‘live’ minum arak

PEMPENGARUH Brother Three Thousand terkenal di aplikasi Douyin. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang pempengaruh atau influencer dari China meninggal dunia selepas lelaki itu merakam minum alkohol secara berlebihan di laman aplikasi Douyin.

Lapor BBC, pempengaruh dikenali dengan nama akaun Brother Three Thousand dikatakan minum sekurang-kurangnya tujuh botol arak jenis ‘baijiu spirits’ semasa sedang melakukan siaran langsung.

Media tempatan melaporkan personaliti media sosial itu ditemukan meninggal dunia kira-kira 12 jam selepas bersiaran langsung.

Kematian pempengaruh itu sekaligus mencetuskan gesaan supaya peraturan lebih ketat dilaksanakan dalam industri media sosial yang semakin berkembang pesat.

Lelaki berusia 34 tahun yang dikenali sebagai Wang sering menonjolkan dirinya mengambil minuman keras Cina semasa bersiaran langsung.

Baijiu mengandungi kira-kira 60 peratus alkohol.

Pada 16 Mei, Wang menyertai empat cabaran yang mana pempengaruh bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan hadiah terbanyak daripada peminat dalam tempoh yang singkat.

Wang tewas tiga pusingan dalam cabaran itu dan dia terpaksa minum beberapa botol baiju sebagai hukuman.

Para penonton mendakwa Wang minum sekurang-kurangnya tujuh botol alkohol pada malam kejadian.

Menurut rakan Wang, mangsa ditemukan meninggal dunia keesokan harinya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya