Pemimpin parti Move Forward dakwa menang PRU Thailand, sedia jadi PM - Utusan Malaysia

Pemimpin parti Move Forward dakwa menang PRU Thailand, sedia jadi PM

Pita Limjaroenrat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Calon Perdana Menteri daripada parti Move Forward, Pita Limjaroenrat mendakwa partinya mendahului keputusan pilihan raya Thailand.

Pemimpin pembangkang itu mendakwa parti diwakilinya itu muncul sebagai parti progresif baharu yang terbesar di Parlimen Thailand.

Rentetan itu, Pita antara lain mengakui pihaknya bersedia menerajui pentadbiran Thailand sebagai Perdana Menteri.

Bercakap di Ibu Pejabat Move Forward, Pita berkata, pihaknya berusaha membentuk gabungan dengan lima parti pembangkang lain, termasuk Pheu Thai.

Selain mengajak parti pembangkang membentuk gabungan, beliau memberi amaran kesan campur tangan dalam keputusan pilihan raya yang mungkin menjurus kepada pembentukan kerajaan minoriti.

Move Forward dikatakan mendahului keputusan pilihan raya semalam, yang menyaksikan parti disokong tentera ditewaskan pembangkang. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN