Pembangkang minta pemindahan ibu negara ditunda - Utusan Malaysia

Pembangkang minta pemindahan ibu negara ditunda

PROJEK pembangunan giat dijalankan di Nusantara yang terletak di Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kumpulan parti pembangkang meminta pemindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara ditangguhkan bagi memberi laluan kepada isu-isu penting lain di negara itu. 

Perkara itu disuarakan Kumpulan Parti Demokrat dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dalam Sidang Paripurna  Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) berkaitan pandangan kumpulan tersebut terhadap rangka kerja ekonomi makro dan perkara utama dasar fiskal tahun 2024.

Menurut Kompas.com, Menteri Kewangan, Sri Mulyani turut hadir mewakili kerajaan pada mesyuarat tersebut.

Dalam mesyuarat itu, perwakilan Parti Demokrat, Rizki Natakusumah menyifatkan langkah pemindahan ke IKN bukan isu penting dan berharap bajet negara ditumpukan kepada kestabilan harga keperluan asas dan tenaga.

“Kumpulan Partai Demokrat meminta pemerintah untuk terus menyokong perbelanjaan yang memiliki efek berganda dan perkara bukan keutamaan seperti proses pemindahan ibu negara dapat ditunda.

“Adalah lebih baik sekiranya bajet negeri ditumpukan dahulu kepada kestabilan harga keperluan asas dan tenaga kerana masyarakat yang tinggal di kampung dan pekan kecil lebih mengharapkan keperluan-keperluan seperti itu,” katanya.

Pendapat sama turut dikongsi perwakilan PKS, Andi Akmal Pasluddin ketika menyampaikan ucapannya.

“Bajet untuk pemindahan ibu negara lebih baik difokuskan kepada usaha memulihkan kuasa beli rakyat, meningkatkan kebajikan, menambah baik infrastruktur pertanian dan perbelanjaan penting lain,” katanya. 

Presiden Joko Widodo (Jokowi) sebelum ini menekankan idea pemindahan ibu negara dari Jakarta ke Nusantara bukan datang dari beliau sebaliknya sudah diutarakan Presiden pertama Indonesia, Soekarno sejak tahun 1960-an.

Jelasnya, Jakarta yang sudah terlalu padat akan diperkasa menjadi kota perniagaan, pelancongan serta ekonomi sementara Nusantara dibangunkan sebagai pusat pemerintahan dan proses pemindahan itu bakal memakan masa sehingga 20 tahun untuk diselesaikan.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.