Parti pembangkang kalah besar dalam pilihan raya Greece - Utusan Malaysia

Parti pembangkang kalah besar dalam pilihan raya Greece

Alexis Tsipras
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Pemimpin pembangkang Greece, Alexis Tsipras mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis atas kemenangan parti New Democracy dalam pilihan raya parlimen pada Ahad.

Lapor Sputnik, parti sayap kanan New Democracy mendahului parti berhaluan kiri Syriza yang diketuai Tsipras, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Peratusan keluar mengundi melebihi 60 peratus.

Selepas lebih 90 peratus undi dikira, parti pemerintah memperoleh 40.81 peratus undi dengan memenangi 146 daripada 300 kerusi parlimen berbanding Syriza yang memperoleh 20.06 peratus undi dan 71 kerusi.

Parti PASOK pula menduduki tempat ketiga dengan 11.58 peratus undi dan 41 kerusi, diikuti Parti Komunis dengan 7.18 peratus dan 26 kerusi serta Greek Solution memperoleh 4.46 peratus dan 16 kerusi.

Tanpa majoriti langsung, undi berulang dijangka dijalankan semula.

Tsipras, bekas perdana menteri meminta Mitsotakis supaya mencadangkan tarikh tentatif pengundian pada 25 Jun atau 2 Julai, menurut saluran berita ERT milik kerajaan.

Sementara itu, Mitsotakis menyifatkan keputusan undian itu sebagai “kemenangan besar dan jelas.”

Beliau melihat keputusan itu sebagai mandat jelas terhadap parti New Democracy untuk mentadbir secara bersendirian dan untuk itu beliau akan berusaha untuk mendapatkan majoriti mutlak dalam undian seterusnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.