NASA lancar dua satelit kecil kesan taufan

NASA lancar dua satelit kecil kesan taufan

GAMBAR hiasan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) melancarkan dua satelit kecil yang direka khas untuk mengesan taufan tropika pada setiap jam.

Satelit kajian itu dilancarkan dari sebuah pangkalan di New Zealand pada hari ini.

Pelancaran itu merupakan sebahagian projek bertujuan menambah baik ramalan cuaca berkaitan taufan.

Sebuah kapal angkasa yang dibina oleh syarikat Rocket Lab, membawa satelit penjejak taufan itu ke orbit.

Satelit baharu itu dikatakan berupaya terbang melintasi ribut atau taufan di Pasifik setiap jam, berbanding tempoh enam jam menggunakan satelit sedia ada.

Menurut saintis NASA, Will McCarty, para penyelidik kini mampu mengkaji taufan pada setiap jam.

“Kami mengakui masih memerlukan satelit besar, namun penjejak taufan baharu ini berupaya menambah lebih banyak maklumat kepada satelit perdana yang dimiliki,” katanya dalam sidang akhbar pelancaran pertama misi TROPICS.

Dilaporkan, kapal angkasa kedua keluaran Rocket Lab yang akan membawa dua lagi satelit, dijangka dilancarkan dalam masa kira-kira dua minggu.

Pelancaran itu dibuat bagi melengkapkan kumpulan empat satelit pengesan taufan.

Maklumat yang dikumpulkan mengenai taburan hujan, suhu dan kelembapan boleh membantu para saintis menentukan lokasi taufan mendarat dan intensiti bencana tersebut.

Ia juga membantu penduduk tinggal di kawasan pantai untuk lebih bersiap sedia sekiranya proses evakuasi berlaku. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya