Mayat pasangan warga China ditemukan di hotel Bali - Utusan Malaysia

Mayat pasangan warga China ditemukan di hotel Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BADUNG: Sepasang kekasih warga China ditemukan mati dalam keadaan bogel dan berlumuran darah  di sebuah bilik hotel lima bintang di Bali kelmarin.

Lapor Kompas.com, pasangan warga asing berkenaan menginap di sebuah hotel terkemuka di Jimbaran di wilayah Kuta Selatan dan mayat mereka ditemui oleh kakitangan pengurusan hotel dalam keadaan ngeri Isnin lalu kira-kira pukul 7.00 pagi (waktu tempatan).

Unit Siasatan Jenayah Polis Kuta Selatan, AKP Made Suanta berkata, mayat salah seorang mangsa dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan koridor sementara mayat seorang lagi terbaring dalam tab mandi bilik hotel tersebut dengan kesan luka di beberapa bahagian badan.

“Pengurus bertugas bersama seorang  pelayan bergegas ke kawasan koridor hotel membawa kerusi roda selepas mendengar jeritan beberapa pengunjung meminta bantuan. 

“Setibanya di koridor terbabit, mereka menemui mayat seorang mangsa dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan luka parah di leher kiri dan kanan serta kaki kirinya.

“Apabila menjenguk ke bilik berhampiran, petugas turut menemui mayat seorang lagi mangsa di tab mandi dengan kesan jerutan di leher dan luka terbuka di bahagian dahi,” jelasnya.

Menurut Made, pihaknya masih menyiasat sama ada pasangan kekasih itu meninggal dunia membunuh diri atau menjadi mangsa pembunuhan.

“Kami masih menunggu keputusan bedah siasat. Tiada barang-barang mangsa yang hilang dan kami masih lagi menyiasat rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN