Lebih ramai tentera AS dikerah ke sempadan Mexico - Pentagon

Lebih ramai tentera AS dikerah ke sempadan Mexico – Pentagon

JENERAL PATRICK RYDER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentagon memaklumkan pihaknya akan mengerahkan lebih ramai tentera untuk menjamin keselamatan di sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico.

Keputusan itu dibuat ketika para pegawai bimbang mengenai lonjakan pendatang asing tanpa izin cuba menceroboh sempadan negara selepas sekatan imigresen akibat pandemik Covid-19 berakhir pada 11 Mei depan.

Menurut jurucakap Jeneral Patrick Ryder, kira-kira 1,500 anggota tentera akan dihantar ke sempadan.

Katanya, jumlah itu sebagai tambahan kepada 2,500 anggota tentera yang sudah ditugaskan untuk membantu pihak berkuasa pemantauan sempadan.

“Selama 90 hari, seramai 1,500 anggota tentera akan dikerahkan bagi mengisi jurang keupayaan kritikal seperti pengesanan dan pemantauan dari darat, kemasukan serta perkhidmatan sokongan di gudang,” katanya dalam kenyataan.

Pada 11 Mei depan, pentadbiran Joe Biden dijangka menarik balik sekatan `Title 42′, protokol ketat dilaksanakan bekas presiden, Donald Trump untuk menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin dan mengusir pencari suaka berdasarkan kecemasan pandemik Covid-19.

Dengan pelonggaran sekatan Covid-19 itu, pentadbiran Biden kini tidak lagi boleh menggunakan `Title 42′ untuk membendung migrasi.

Sebaliknya, pentadbiran Biden merancang untuk menghalang pendatang tanpa izin menggunakan Title 8 yang pada asasnya menakrifkan perbuatan melintas sempadan secara haram sebagai jenayah dan pelaku akan disenarai hitam dan dilarang memasuki AS. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya