Kudung kedua kaki tidak halang bekas tentera Gurkha tawan Everest - Utusan Malaysia

Kudung kedua kaki tidak halang bekas tentera Gurkha tawan Everest

HARI Budha Magar menjadi individu kudung kedua belah kaki atas paras lutut pertama berjaya menawan puncak Gunung Everest. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Seorang bekas tentera Gurkha Britain mencatat sejarah apabila menjadi individu kudung kedua belah kaki atas paras lutut pertama yang berjaya mendaki puncak Gunung Everest.

Lapor Daily Mail, Hari Budha Magar kehilangan kedua-dua belah kakinya semasa berkhidmat di Afghanistan.

Hari Budha berjaya menamatkan ekspedisi mencabar itu kira-kira 70 tahun selepas Edmund Hillary dan sherpanya, Tenzing Norgay menjadi individu pertama menakluki puncak Gunung Everest.

“Jika saya boleh mendaki ke puncak dunia maka sesiapa sahaja tanpa mengira ketidakupayaan juga boleh mencapai impian mereka,” katanya yang berusia 43 tahun.

Hari Budha lahir dan dibesarkan di perkampungan di pergunungan Nepal sebelum berkhidmat sebagai koperal dengan rejimen Gurkha tentera Britian selama 15 tahun.

Dia kehilangan kedua-dua kakinya dalam kejadian letupan bom pada tahun 2010.

Ketika ekspedisi itu, Hari Budha berjaya mencapai puncak Everest yang berada pada ketinggian 8,848.86 meter kira-kira pukul 3 petang (waktu tempatan) pada Jumaat lalu.

“Misi itu amat sukar, lebih rumit berbanding apa yang dibayangkan.

“Kami hanya meneruskan perjalanan mencapai puncak gunung tanpa mengira betapa rasa sukar, sakit atau masa yang diambil.

“Apabila keadaan menjadi lebih sukar, saya hanya memikirkan mengenai keluarga saya dan semua pihak membantu saya. Semangat itu yang mendorong mencapai puncak Everest,” katanya.

Hari Budha nekad mencabar keupayaan diri melakukan ekspedisi mendaki Gunung Everest bagi mengumpul dana untuk lima badan amal iaitu Team Forces, Tabung Amanah Kebajikan Gurkha, Pilgrim Bandits, Blesma dan Yayasan On Course.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya