Indonesia hantar 107 tan ubat ke tanah suci untuk keperluan jemaah

Indonesia hantar 107 tan ubat ke tanah suci untuk keperluan jemaah

SEORANG jemaah haji wanita melambai ke arah keluarganya ketika menaiki pesawat menuju ke Mekah di lapangan terbang di Aceh, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia menghantar sebanyak 107 tan ubatan dan peralatan kesihatan untuk kegunaan para jemaah haji dari negara ini di tanah suci.

Pengarah Farmasi dan Peralatan Kesihatan di bawah kementerian tersebut, Rizka Andalusi berkata, bekalan ubat tersebut mencukupi sehingga para jemaah pulang semula ke tanah air selepas selesai menunaikan ibadah haji.

Katanya, kesemua bekalan dan peralatan perubatan itu sudah disediakan sejak para jemaah berangkat ke tanah suci.

“Antara bekalan ubat yang dihantar termasuk ubatan saluran pernafasan, pencernaan, diabetes, jantung, multivitamin dan susu.

“Selain itu, kementerian juga menyediakan pakej ubatan yang diberikan kepada setiap jemaah.

“Sebanyak 524 pakej ubatan juga aan dibawa oleh petugas perubatan bagi memantau keadaan jemaah semasa pergerakan mereka di tanah suci,” katanya.

Rizka juga berharap bekalan ubatan tersebut dapat mengurangkan jumlah jemaah yang jatuh sakit serius.

“Kita semua berharap tiada jemaah haji jatuh sakit secara serius dan ibadah haji tahun ini boleh dilakukan dengan lancar sehingga selesai,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya