Hotel Jepun mohon maaf hidang minuman dicelup tangan - Utusan Malaysia

Hotel Jepun mohon maaf hidang minuman dicelup tangan

TANGKAP layar rakaman penyediaan minuman kesihatan kontroversi di Hotel AWA Nishiizu di Shizuoka, Jepun.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHIZUOKA: Sebuah hotel terkemuka di Jepun membuat permohonan maaf secara terbuka selepas dilaporkan membenarkan pekerja kafenya menapai minuman sitrus dengan menggunakan bakteria di tangan mereka.

Lapor Oddity Central, Hotel AWA Nishiizu di Numazu menerima kecaman hebat selepas rancangan popular, Beat Takeshi’s TV Tackle menayangkan cara penyedian sejenis minuman kesihatan yang dijual di kafe hotel berkenaan.

Menurut seorang pekerja yang ditemu bual, ramuan sirap itu ditapai dengan enzim buatan sendiri melalui bantuan bakteria yang berasal dari tangan manusia dan kakitangan perlu mencelup tangan ke dalam balang ramuan berkenaan sebelum mengacaunya.

Pekerja tersebut mendakwa sirap yang ditapai itu biasanya dicampur dengan air atau soda untuk menghasilkan minuman kesihatan yang sesuai diminum kira-kira 15 minit sebelum mandi untuk kesan detoksifikasi.

Malah rakaman itu turut menunjukkan seorang tetamu hotel dihidangkan segelas minuman berkenaan dan mereka mengaku menggemari rasanya.

Ramai penonton terkejut dan memberi amaran tentang risiko kesihatan serius melalui kaedah aneh yang digunakan oleh hotel tersebut.

“Terdapat bakteria Staphylococcus aureus dan pelbagai lagi bakteria lain yang biasanya hidup di tangan kita, dan boleh menyebabkan keracunan makanan,” tulis seorang pengguna Twitter.

Selepas berita mengenai minuman kontroversi itu tular di media sosial, syarikat Takeya Ryokan yang mengendalikan hotel berkenaan segera mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan mengumumkan sirap campuran tangan itu tidak lagi dihidangkan di mana-mana hotelnya.

“Kami amat kesal kerana keadaan ini berlaku akibat kekurangan pengetahuan tentang penapaian dan kafe hotel akan menjalani pemantauan kesihatan dengan segera,” jelas kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya