Hospital di Austria terbakar, tiga maut

Hospital di Austria terbakar, tiga maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dalam kebakaran yang berlaku di sebuah hospital terletak berhampiran selatan ibu negara Austria.

Menurut jurucakap pihak pengurusan hospital, setakat ini, pihaknya tidak dapat mengenal pasti punca sebenar yang mencetuskan kebakaran itu.

Jelasnya, hospital itu terletak di Modling, kira-kira 14 kilometer dari Vienna.

Berdasarkan kenyataan agensi kesihatan serantau, kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 1 pagi (waktu tempatan).

Dalam pada itu, pihak berkuasa Austria memaklumkan pihaknya mengerahkan seramai 170 anggota bomba dan pasukan Palang Merah serta 33 aset untuk memadamkan kebakaran itu.

Katanya, kebakaran itu berjaya dikawal selepas dua jam.

“Pesakit yang tidak mengalami kecederaan dipindahkan ke fasiliti lain,” jelasnya.

Tambah pihak berkuasa, siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya