Gempa bumi 6.6 magnitud landa sempadan Colombia-Panama - Utusan Malaysia

Gempa bumi 6.6 magnitud landa sempadan Colombia-Panama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Gempa bumi berukuran 6.6 skala Richter menggegarkan kawasan terpencil Caribbean berhampiran sempadan Colombia dan Panama.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGC) dalam satu kenyataan.

Menurut pegawai Panama, kejadian gempa bumi itu merupakan antara yang paling kuat pernah direkodkan di kawasan tersebut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini, tiada laporan mengenai kerosakan yang dimaklumkan.

USGC memaklumkan pusat gempa itu berada kira-kira 40 kilometer (km) di luar pantai bandar Puerto Obaldia di timur Panama.

Pihak berkuasa di Colombia dan Amerika Syarikat (AS) menolak kemungkinan tsunami boleh berlaku.

Berdasarkan sistem Perlindungan Awam Kebangsaan (Sinaproc), gegaran itu dirasai di sekitar Panama termasuk ibu negara, wilayah jirannya di Panama Barat dan wilayah Carribbean Guna Yala.

Pengguna media sosial melaporkan gegaran kuat dirasai di kedua-dua belah sempadan.

Kawasan itu termasuk Darien Gap, sebuah laluan berbahaya bagi pendatang asing yang berusaha memasuki AS. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya