G7 sifatkan China ‘ibu segala masalah’, Beijing tidak puas hati

G7 sifatkan China ‘ibu segala masalah’, Beijing tidak puas hati

SUN WEIDONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Timbalan Menteri Luar China, Sun Weidong memanggil duta Jepun untuk memberi penjelasan mengenai ‘bantahan dibuat berkaitan republik itu’ pada Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) diadakan pada hujung minggu lalu.

Kementerian dalam kenyataan memaklumkan pemimpin G7 menerusi sidang kemuncak berlangsung di Hiroshima, menyuarakan kebimbangan serius berhubung ketegangan yang semakin meningkat di Laut China Selatan dan Timur.

Para pemimpin negara G7 juga menyatakan kebimbangan mereka berhubung situasi hak asasi manusia di China termasuk di wilayah Xinjiang dan Tibet.

Sun menegaskan Jepun bekerjasama dengan negara-negara lain di sidang kemuncak itu dalam membuat keputusan dan deklarasi secara bersama.

Katanya, pihak berkenaan memburuk-burukkan dan menyerang China, mencampuri tangan hal ehwal dalaman serta melanggar prinsip asas undang-undang antarabangsa dan dokumen Pernyataan Bersama China-Jepun 1972.

Menurut beliau, tindakan Jepun menjejaskan kedaulatan China serta kepentingan keselamatan dan pembangunan republik itu.

Justeru, katanya, China menyuarakan rasa tidak puas hati dan menentang tindakan berkenaan.

“Jepun sepatutnya memperbetulkan pemahamannya mengenai China, memahami autonomi strategik, berpegang kepada prinsip dokumen politik China-Jepun serta menggalakkan pembangunan hubungan dua hala yang stabil,” jelasnya.

Sementara itu, Duta Jepun ke China, Hideo Tarumi menyangkal kenyataan Beijing dan menegaskan ia merupakan `amalan biasa’ pemimpin G7 merujuk perkara yang menjadi kebimbangan bersama.

Katanya, tindakan demikian pernah dilakukan sebelum ini dan akan terus dilaksanakan pada masa depan selagi China tidak mengubah tingkah lakunya.

“China terlebih dahulu harus mengambil langkah positif menangani isu menjadi kebimbangan jika China tidak mahu mereka ditunding,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya