Dunia teruja saksikan pertabalan Raja Charles III - Utusan Malaysia

Dunia teruja saksikan pertabalan Raja Charles III

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Jutaan masyarakat dunia teruja menantikan detik bersejarah Istiadat Pertabalan Raja Charles III yang akan berlangsung di Westminister Abbey hari ini.

Menurut BBC, walaupun diramalkan hujan, orang ramai sudah mula berkumpul di laluan perarakan untuk menyaksikan istiadat pertama dalam tempoh 70 tahun itu.

Operasi keselamatan besar-besaran dilancarkan di tengah London bagi menerima kehadiran 100 ketua negara yang dijemput menyaksikan istiadat tersebut.

Istiadat Pertabalan akan berlangsung sekitar dua jam di hadapan 2,300 tetamu, termasuk Duke of Sussex, Putera Harry yang tiba dari Amerika Syarikat (AS) petang semalam dengan penerbangan komersial.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat dan mengadakan lawatan khas ke London, bagi menghadiri Istiadat Pertabalan itu.

Tetamu jemputan lain termasuk pemain bola sepak terkenal, David Beckham; pemuzik Lionel Richie; Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya