Dubai rancang bina replika bulan gergasi - Utusan Malaysia

Dubai rancang bina replika bulan gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Sebuah pusat peranginan di Dubai merancang membina replika gergasi bulan di atas bangunan pencakar langit yang bakal menelan belanja lebih AS$4 bilion (RM14.2 bilion).

Lapor Metro UK, Usahawan Kanada, Michael Henderson merancang mendirikan replika berukuran 274 meter itu di atas bangunan setinggi 30 meter.

Menurut Henderson, projek digelar Moon Dubai itu bakal menyediakan pengalaman unik seakan berada di angkasa lepas tanpa perlu menaiki roket dan berharap dapat menarik 2.5 juta pelancong setahun.

Projek dicadangkan Henderson termasuk resort destinasi di dalam struktur sfera dilengkapi hotel 4,000 bilik dan koloni yang akan memberikan tetamu sensasi berjalan di bulan.

Strukturnya akan berbentuk sfera sepenuhnya dan boleh diterangi secara alternatif sebagai bulan penuh, separuh atau bulan sabit.

Dalam satu kenyataan, Henderson dan pengasas bersama, Sandra G Matthews berkata, Moon Dubai akan memberi impak ketara kepada setiap aspek ekonomi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) termasuk pelancongan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya