Debaran menunggu presiden baharu Turkiye - Utusan Malaysia

Debaran menunggu presiden baharu Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Lebih 64.1 juta rakyat Turkiye yang layak mengundi keluar memilih calon pemimpin yang mereka ingini dalam pilihan raya umum kali ini.

Masa pengundian bermula pada pukul 8 pagi waktu tempatan dan ditutup pada pukul 5 petang.

Sebanyak 191,885 peti undi diletakkan di 973 daerah dan sejumlah 1,094 papan pengundian ditempatkan di seluruh negara.

Daripada jumlah 64.1 juta tersebut, kira-kira 4.9 juta merupakan rakyat yang pertama kali mengundi, manakala 53,172 pengundi merupakan banduan yang ditahan di dalam penjara di seluruh Turkiye.

Proses pengiraan undi akan dibuat melibatkan calon yang bertanding merebut jawatan presiden selepas pusat undi ditutup.

Dalam pada itu, proses pengundian turut berlangsung di 11 wilayah Turkiye yang sebelum ini terjejas teruk akibat gempa bumi kuat pada 6 Februari lalu.

Di kawasan terjejas, Lembaga Pilihan Raya Tertinggi Turkiye menempatkan peti-peti undi di tempat yang mudah dikunjungi penduduk.

Pilihan raya kali ini turut melibatkan 1.76 juta rakyat Turkiye yang menetap di luar negara.

Sebanyak 24 parti politik dan 151 calon bebas Parlimen bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

Kerusi Presiden pula menampilkan Recep Tayyip Erdogan menentang Kemal Kilicdaroglu dan Sinan Ogan.

Perebutan jawatan itu dijangka berlangsung sengit dengan Kilicdaroglu dikatakan mempunyai potensi tinggi untuk dipilih sebagai Presiden Turkiye baharu menggantikan Erdogan.

Sepanjang proses pengundian berlangsung, penjualan minuman beralkohol tidak dibenarkan dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Selain itu, sebarang majlis keraian juga hanya dibenarkan dilakukan selepas pusat pengundian ditutup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.