Calon Presiden Turkiye tarik diri saat akhir - Utusan Malaysia

Calon Presiden Turkiye tarik diri saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Calon pilihan raya presiden Turkiye, Muharrem Ince, menarik diri daripada pertandingan sengit kali ini, satu langkah mengejutkan yang dilihat meningkatkan peluang kemenangan pusingan pertama pembangkang.

Pemimpin parti Homeland berusia 59 tahun itu mengumumkan keputusannya selepas menjadi sasaran kempen mencemar namanya dalam talian termasuk paparan imej palsu beliau bertemu wanita dan menaiki kereta mewah.

Nasionalis sekular itu memperoleh 30.6 peratus undi ketika mencabar Presiden Recep Tayyip Erdogan pada pilihan raya 2018.

Beliau kemudian meninggalkan parti pembangkang utama dan melancarkan gerakannya sendiri yang mula menarik undi daripada pemimpin sekular Kemal Kilicdaroglu, calon bersama blok anti-Erdogan.

Ince mendapat kritikan hebat daripada pembangkang kerana memasuki kempen hanya dua bulan sebelum pengundian.

Pengkritik melihat beliau sebagai calon ‘pengacau undi’ yang hanya boleh membantu Erdogan, yang berkuasa sejak 2003, melanjutkan pentadbirannya selama dua dekad lagi hingga 2028.

Ince sebelum ini menegaskan bahawa beliau menawarkan alternatif lebih bersemangat kepada pengundi berbanding Kilicdaroglu yang berusia 74 tahun, malah Erdogan, 69, turut terkejut dengan pengumuman itu.

“Seorang calon menarik diri, sukar memahami kenapa ini berlaku. Secara jujur, saya bersedih dan berharap beliau teruskan sehingga akhir,” katanya ketika berkempen di Ankara.

Tinjauan pendapat menunjukkan Kilicdaroglu mendahului Erdogan dengan beberapa mata peratusan tetapi belum mencapai tahap 50 peratus yang diperlukan bagi mmenangi pusingan pertama.

Tinjauan oleh Metropoll semalam pula menunjukkan 49 peratus daripada sokongan bagi of Ince kini beralih kepada Kilicdaroglu dan 22 peratus kepada Erdogan tetapi Ince tidak menyokong mana-mana calon selepas mengumumkan menarik diri. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya