Budaya 'relaks tanpa kerja' jadi trend belia di China

Budaya ‘relaks tanpa kerja’ jadi trend belia di China

LI Shu memasang tinggal di kawasan tempat letak kereta terbiar di Sichuan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki berusia 29 tahun yang tinggal di dalam khemah di tempat letak kereta terbiar selama 200 hari menjadi simbol terbaharu budaya ‘relaks’ yang semakin popular di China.

Pada penghujung 2018, Li Shu dilaporkan berhenti kerja di Wilayah Sichuan dan mula menghabiskan sebahagian besar masanya berehat di apartmen yang disewanya.

Selepas menyedari wang simpanannya semakin menyusut, Shu mengurangkan perbelanjaan hariannya kepada hanya 10 yuan (RM6.50) sehari.

Lelaki itu kemudian menjual sebahagian besar barangnya sebelum membeli khemah berharga 400 yuan (RM258) dan memutuskan untuk meneruskan gaya hidup yang santai di tempat letak kereta terbiar.

Walaupun hanya mampu makan mi segera atau memasak menggunakan dapur gas yang dibawa bersama dan perlu berjalan jauh mencari air serta mengecas bateri telefonnya, Shu mengakui selesa dengan kehidupan tersebut dan enggan mencari pekerjaan baharu.

“Ini pilihan saya dan ia lebih menenangkan. Apabila anda melepaskan usaha yang tidak memuaskan dalam hidup, anda perlahan-lahan akan merasakan kedamaian dan terbiasa dengan perubahan yang berlaku,” katanya ketika ditemu bual wartawan baru-baru ini.

Shu berkata, dia berkemampuan untuk mencari pekerjaan, malah rakan-rakannya berulang kali cuba mencari penginapan yang lebih baik dan sanggup meminjamkan mereka wang untuk membantunya memulakan perniagaan tetapi dia menolaknya.

Lelaki itu mendakwa sengaja berbuat demikian kerana gembira menikmati cara hidup yang lebih sederhana dan bebas walaupun perlu mengikat perut.

Budaya berkenaan dilaporkan semakin mendapat perhatian dalam kalangan belia di China
kerana enggan memasuki alam pekerjaan yang dikatakan semakin toksik dan terlalu kompetitif.

Golongan muda di negara itu kini gemar memilih melakukan aktiviti mudah sekadar untuk bertahan hidup berbanding mengejar kejayaan dalam kerjaya dan memperoleh pendapatan lumayan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya