Bapa ditahan buat laporan palsu selepas bunuh anak - Utusan Malaysia

Bapa ditahan buat laporan palsu selepas bunuh anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATI: Polis Jawa Tengah menahan seorang lelaki yang membuat laporan palsu tentang kehilangan anaknya bagi menutup pembunuhan yang dilakukannya ke atas bayi berusia tiga bulan itu.

Lapor Kompas.com, Mohammad Sholeh Ika Saputra dari kampung Kauman di daerah Pati Kidul mengaku membunuh bayinya Isnin lalu kerana tidak dapat mengawal emosi dan terganggu dengan tangisan berterusan dua anaknya. 

“Saya tertekan kerana kedua-dua anak saya menangis tidak henti dan saya tidak tahu cara untuk menenangkan mereka. Saya segera menekup anak kecil saya dengan bantal sehingga dia meninggal dunia,” katanya.

Bagi mengaburi mata isterinya dan pihak berkuasa, lelaki itu kemudian menyembunyikan mayat tersebut sebelum keluar bersama anak pertamanya yang berusia 18 bulan ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan kononnya bayi keduanya hilang diculik.

Malah lelaki itu sempat bersandiwara di hadapan keluarganya dengan mengadakan bacaan Yasin dan mengulangi bacaan ayat Kursi lebih 110 kali selain menabur beras bercampur kunyit serta garam kasar di sekeliling rumah sebagai cara mendapat petunjuk tentang lokasi bayinya yang hilang itu.

Rahsia Mohammad Sholeh terbongkar selepas pihak berkuasa menemukan mayat bayinya itu di Sungai Desa Wangunrejo di daerah Margorejo kelmarin.

Mayat bayi yang dibungkus beg plastik hitam itu berada di tebing sungai berhampiran jambatan lokasi Mohammad Sholeh mencampakkannya.

Bapa Mohammad Sholeh, dikenali sebagai Mustofa berkata, anak lelakinya itu berkahwin di usia muda namun tidak bekerja dan sering bertengkar dengan isterinya akibat masalah kewangan serta kesukaran menguruskan kedua-dua anak kecil mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya