ASEAN berupaya jadi titik pertumbuhan global

ASEAN berupaya jadi titik pertumbuhan global

JOKO Widodo berbual dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung di Labuan Bajo, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANGGARAI BARAT: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menegaskan semua negara ASEAN mampu menjadi pemain utama dalam kesejahteraan sosial dan pertumbuhan ekonomi global.

Jokowi berkata, perkara itu boleh dicapai sekiranya semua pemimpin dan negara anggota saling bersatu.

“Saya ditanya, adakah ASEAN hanya menjadi penonton ketika global berdepan dengan krisis ekonomi, sosial dan politik? Adakah ASEAN hanya akan berdiam diri dan adakah ASEAN mampu menjadi orang tengah dalam mengusulkan perdamaian?

“Semua perkara itu boleh dicapai jika kita semua bersatu dan saling bersetuju bahawa ASEAN juga mampu menjadi pihak paling penting dalam menentukan masa depan global.

“Kita kena tunjuk kepada dunia bahawa ASEAN mempunyai aset yang cukup kuat sebagai pusat pertumbuhan ekonomi dunia,” katanya.

Selain itu, Jokowi juga menyatakan, ASEAN perlu mengukuhkan integrasi ekonomi dan menjalin lebih banyak kerjasama dengan pelbagai pihak.

Jelas beliau, sudah tiba masanya ASEAN menjadi titik pertumbuhan untuk semua aspek.

“Tiada sesiapa boleh memandang rendah terhadap peranan ASEAN dalam pertumbuhan ekonomi global.

“Tanpa peranan dan penglibatan ASEAN, tidak mungkin ekonomi global boleh berkembang,” ujar Jokowi.

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 berlangsung dari 9 hingga 11 Mei di Nusa Tenggara Timur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN