13 maut pangkalan tentera Pakistan diserang militan - Utusan Malaysia

13 maut pangkalan tentera Pakistan diserang militan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

QUETTA: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam pertempuran antara pasukan separa tntera Pakistan dengan kumpulan militan yang menyerbu markas mereka.

Kenyataan ketenteraan memaklumkan, insiden itu menyaksikan kumpulan militan menyerbu pangkalan tentera di wilayah Balochistan dan menangkap tiga ahli keluarga di blok kediaman untuk dijadikan tebusan.

Setakat ini, tiada mana-mana kumpulan militan atau pemerontak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.

Namun, pihak berkuasa Pakistan tidak menolak kemungkinan serangan itu dilancarkan oleh kumpulan pemisah di wilayah itu, selain Pakistan Taliban turut aktif di kawasan berkenaan.

Kebanyakan mangsa terkorban adakah pasukan keselamatan dan seorang penduduk awam.

Selain itu, enam yang lain turut cedera dalam kejadian tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN