Timbunan syiling perak berusia lebih 1,000 tahun ditemukan

Timbunan syiling perak berusia lebih 1,000 tahun ditemukan

SYILING perak ditemukan kira-kira lapan kilometer dari kubu Fyrkat Viking berhampiran pekan Hobro. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Kira-kira 300 syiling perak dipercayai berusia lebih 1,000 tahun ditemukan berhampiran sebuah tapak kubu Viking di barat laut Denmark.  

Menurut pengarah muzium Jutland Utara, Lars Christian Norbach, duit syiling berkenaan dijumpai di dua lokasi yang tidak begitu jauh dari satu sama lain.

Katanya, duit syiling itu ditemukan oleh seorang gadis yang menggunakan alat pengesan logam di ladang jagung pada musim luruh lalu.

“Khazanah seperti itu sangat jarang ditemukan,” katanya.

Syiling perak itu ditemukan kira-kira lapan kilometer (km) dari kubu Fyrkat Viking berhampiran pekan Hobro.

Berdasarkan inskripsi pada duit syiling itu, ia dipercayai berasal dari era 980an. 

Menurut ahli arkeologi, khazanah itu termasuk syiling Denmark, Arab dan Jerman serta barang kemas yang berasal dari Scotland atau Ireland.

Norbach memaklumkan penemuan khazanah itu adalah daripada tempoh sama  dengan kubu yang dibina oleh Raja Harald Bluetooth, sekaligus bakal mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai sejarah Viking.

“Mungkin ada kaitan antara harta karun ditanam Viking ketika perang dan kubu yang terbakar pada tempoh yang sama,” katanya. 

Ahli arkeologi berkata, mereka akan terus melakukan penggalian pada musim luruh akan datang selepas musim menuai.

Artifak itu akan dipamerkan di Muzium Sejarah Aalborg bermula Julai depan.

Dilaporkan, gadis yang menemukan khazanah itu akan menerima ganjaran. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya