Tiga orang awam cedera dalam serangan udara Israel di Syria

Tiga orang cedera dalam serangan udara Israel di Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Sekurang-kurangnya tiga orang awam cedera dalam serangan udara Israel berhampiran bandar Homs di Syria.

Menurut badan pemantau perang, serangan udara itu menyasarkan sebuah depoh simpanan amunisi kumpulan Hezbollah.

Agensi berita SANA melaporkan, tentera Israel melancarkan serangan udara dengan melepaskan sejumlah peluru berpandu dari arah utara Lubnan dengan menyasarkan beberapa lokasi di sekitar bandar Homs.

“Tiga orang awam cedera, selain sebuah stesen minyak dan beberapa lori tangki membawa bahan api juga terbakar dalam kejadian itu,” jelas laporan itu.

Tambah laporan itu, pasukan pertahanan udara Syria bagaimanapun berjaya memintas beberapa peluru berpandu yang dilancarkan oleh Israel.

Badan pemantau Syrian Observatory for Human Rights mendakwa Israel memusnahkan sebuah depoh amunisi yang terletak di lapangan terbang tentera Dabaa di kawasan luar bandar wilayah Homs.

Badan pemantau itu bagaimanapun tidak melaporkan sama ada terdapat sebarang kemalangan jiwa.

“Kedengaran letupan kuat ketika bekalan amunisi di depoh itu meletup,” jelasnya.

Sepanjang lebih sedekad lalu konflik di Syria, Israel melancarkan ratusan serangan udara ke atas wilayah negara itu terutamanya menyasarkan kawasan pasukan tentera disokong Iran, kumpulan Hezbollah Lubnan dan kedudukan tentera Syria. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya