Singapura labur RM33.1 juta cipta siri TV, filem global

Singapura labur RM33.1 juta cipta siri TV, filem global

FILEM Crazy Rich Asians yang ditayangkan pada 2018 turut menampilkan artis Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh (duduk tengah) dan Henry Golding (duduk kiri).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infocomm (IMDA) dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) me­ngumumkan pelancaran dana S$10 juta (RM33.1 juta) untuk menyokong penciptaan siri te­levisyen dan filem yang memaparkan Singapura kepada khalayak global.

Kata kedua-dua agensi itu dalam kenyataan akhbar bersama, Dana Menerusi Skrin Singapura itu dijangka menarik projek yang menyediakan peluang kepada perusahaan dan bakat media tempatan untuk bekerjasama dengan rakan kongsi media dan hiburan glo­bal dalam mencipta kandungan untuk khalayak antarabangsa.

Bercakap dalam program Channel News Asia (CNA), Sing­apore Tonight, Ketua Pegawai Eksekutif STB, Keith Tan berkata, ia adalah usaha pihaknya untuk menjadikan Singapura ditonton oleh khalayak penonton di seluruh dunia.

Katanya, tumpuan juga bagi mereka yang tidak terfikir untuk melancong ke Singapura atau yang mungkin mempunyai tanggapan yang sangat lama dan prasangka negatif tentang Si­­ng­apura sebelum ini.

“Kami mahu mengubah fi­kiran mereka,” katanya.

Tambah Keith, kunci kepada skim itu ialah bekerjasama de­ngan pengeluar dan syarikat yang mempunyai jangkauan global.

Konglomerat media terpi­lih, penstrim utama dan studio pengeluaran dengan rangkaian serantau atau global akan dijemput untuk memohon dana itu.

Projek-projek itu mesti ditetapkan di Singapura dan dilancarkan sebelum suku pertama 2027.

Projek yang berjaya akan menerima sokongan pembiayaan sehingga 30 peratus daripada kos kelayakan yang berkaitan dengan penampilan imej Sing­apura termasuk kos pengeluaran dan pemasaran.

Mengenai jenis produksi yang akan mendapat pembiayaan, Keith berkata, ia adalah apa-apa sahaja yang mempunyai kan­dungan berkualiti hebat.

“Kami sedang melihat kemungkinan untuk fiksyen sains atau rompakan jenayah atau drama penuh aksi seperti yang kami lihat dengan Little Women. Jadi, apa-apa pun boleh, tetapi kuncinya adalah kandungan dan capaian produksi, katanya merujuk kepada drama Korea yang sebahagiannya dirakam di Singapura tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN