Singapura kekal vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak, remaja

Singapura kekal vaksin Covid-19 kepada kanak-kanak, remaja

SEORANG budak lelaki melihat jarum yang dicucuk di tangannya semasa mengambil vaksin Covid-19. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kementerian Ke­sihatan (MOH) Singapura tetap me­ngekalkan pendirian untuk me­wajibkan vaksinasi Covid-19 kepada kanak-kanak dan remaja walaupun Pertubuhan Kesiha­tan Sedunia (WHO) mencadangkan penyesuaian dengan perkembangan terkini.

Dalam kemas kini terbaru WHO, badan itu menggariskan tiga kumpulan penggunaan keutamaan untuk vaksinasi Co­vid-19 iaitu golongan dewasa yang mempunyai penyakit kritikal, golongan tua yang sihat dan golongan tua yang mempunyai pelbagai risiko pelbagai penya­kit.

Kanak-kanak dan remaja yang sihat berumur enam bulan hingga 17 tahun dianggap sebagai keutamaan yang rendah.

Badan itu juga mencadangkan golongan kanak-kanak dan remaja yang sihat tidak semestinya perlu mendapatkan vaksin Co­vid-19.

Bagaimanapun, pihak ber­kenaan menggesa setiap negara mempertimbangkan vaksinasi dalam kumpulan umur ini de­ngan mengambil kira ‘faktor kontekstual’.

Kontekstual termasuk dalam faktor keutamaan dan kos kesihatan.

Sebagai tindak balas kepada pertanyaan Channel News Asia, MOH Singapura berkata, dengan menyenaraikan kanak-kanak dan remaja yang sihat berumur enam bulan hingga 17 tahun sebagai kumpulan ke­utamaan rendah untuk vaksinasi Covid-19, WHO menasihati setiap negara untuk membuat keputusan mereka sendiri.

MOH menambah, walaupun data tempatan menunjukkan bahawa risiko jangkitan Covid-19 pada kanak-kanak kecil secara amnya rendah, tetapi kanak-kanak yang tidak divaksinasi yang dijangkiti Covid-19 mempunyai risiko yang lebih tinggi dan memerlukan kema­sukan ke hospital berbanding mereka yang divaksin.

“Penyakit yang teruk masih boleh berlaku pada kanak-kanak termasuk radang paru-paru, MIS-C (sindrom radang pelbagai sistem pada kanak-kanak), dan juga kematian,” kata kementerian itu.

Kementerian itu menambah bahawa saranan WHO dalam meletakkan kumpulan keuta­maan untuk suntikan penggalak adalah konsisten dengan pendekatan lazim Singapura.

“(Pendekatan kami) menge­syorkan bahawa orang yang terdedah dari segi perubatan untuk menerima penggalak pada 2023, setahun selepas dos penggalak terakhir mereka dan bagi mereka yang berumur lima tahun ke atas untuk menerima perlindungan minimum.

“Kanak-kanak berumur enam bulan hingga empat tahun disyor­kan untuk melengkapkan dua dos Moderna/SpikeVax atau tiga dos Pfizer-BioNTech/Comirnaty.

“WHO juga mengekalkan bahawa dos primer dan penggalak adalah selamat dan berkesan pada kanak-kanak dan remaja.

Ia menggariskan tiga kumpulan penggunaan keutamaan untuk vaksinasi Covid-19 iatu tinggi, sederhana dan rendah, berdasarkan risiko penyakit te­ruk dan kematian.

Ia juga mempertimbangkan faktor seperti prestasi vaksin dan keberkesanan kos.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN