Puluhan ribu doktor Rajasthan mogok

Puluhan ribu doktor Rajasthan mogok

PULUHAN ribu doktor swasta di Rajasthan, India menyertai protes untuk lindungi hak penting kesihatan rakyat. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Selama dua ming­gu, puluhan ribu doktor swasta di Rajasthan menyertai protes rang undang-undang penting yang tidak menjamin hak kesihatan untuk 80 juta penduduk di utara India itu.

Lapor BBC, protes itu turut melumpuhkan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta dan hospital awam yang setiap hari dibanjiri pesakit.

Selasa lalu, kerajaan negeri Rajasthan dikatakan berjaya mencapai persetujuan dengan kumpulan doktor bagi mendorong mereka untuk memba­talkan mogok berkenaan.

Apa yang membangkitkan kemarahan sehingga diadakan protes tersebut adalah peruntukan dalam rang undang-undang yang mewajibkan hospital awam dan swasta menawarkan rawatan kecemasan kepada orang ramai yang kosnya akan dibayar balik oleh kerajaan.

Kumpulan doktor yang menyertai protes berkata, tidak ada kejelasan tentang bagaimana dan dari mana wang ini datang.

Beberapa negeri di India dikatakan mempunyai program insu­rans kesihatan mereka sendiri yang melayakkan isi rumah berpendapatan rendah mendapat penjagaan kesihatan percuma di hospital swasta yang dikendalikan oleh kerajaan dan tersenarai.

Program insurans kesihatan persekutuan yang dipanggil PM-JAY dilancarkan pada 2018 untuk menampung 40 peratus penduduk termiskin.

Sebelum ini, Mahkamah Agung India turut memutuskan bahawa penafian rawatan perubatan kecemasan adalah pelanggaran perlembagaan terhadap hak untuk hidup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN