Pertempuran di Sudan, angka kematian meningkat 56

Pertempuran di Sudan, angka kematian meningkat 56

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KHARTOUM: Sekurang-kurangnya 56 orang awam terbunuh dan ratusan lagi cedera dalam pertempuran berterusan antara angkatan tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di negara itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan dalam satu kenyataan.

Menurut jawatankuasa itu, terdapat puluhan kes kematian membabitkan pasukan keselamatan, namun angka itu tidak termasuk dalam jumlah kematian berkenaan.

Terdahulu, Jawatankuasa Pusat Doktor melaporkan sekurang-kurangnya 27 orang maut manakala puluhan lagi cedera.

Jelasnya, kira-kira 170 cedera dalam pertempuran meletus dari pagi semalam dan berterusan sehingga hari ini.

Letupan kuat dan siri tembakan menggegarkan bangunan di pinggir bandar utara dan selatan ibu negara Khartoum.

Beberapa saksi mendakwa terdapat kereta kebal di sekitar jalanan.

Keganasan meletus awal pagi semalam selepas ketegangan semakin meruncing antara ketua tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan timbalannya, Mohamed Hamdan Dagalo iaitu komander RSF dengan masing-masing menuduh sesama memulakan pertempuran.

Kedua-dua pihak juga mendakwa berjaya menawan beberapa fasiliti utama dan penting.

Mohamed Hamdan mendakwa pihaknya berjaya merampas istana presiden, lapangan terbang Khartoum dan tempat strategik lain.

Namun, angkatan tentera menegaskan pihaknya berjaya menawan kemudahan berkenaan.

Tentera udara juga meminta orang ramai kekal berada di dalam rumah ketika ia meneruskan serangan udara yang menyasarkan pangkalan RSF. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.