Persembahan artis antarabangsa meriahkan istiadat pertabalan Raja Britain - Utusan Malaysia

Persembahan artis antarabangsa meriahkan istiadat pertabalan Raja Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Konsert sempena istiadat pertabalan Raja Charles III akan diserikan dengan penyertaan ramai bintang popular antaranya Tom Cruise, Joan Collins, Tom Jones, Bear Grylls, Oti Mabuse dan Winnie the Pooh.

Bintang pop Amerika Katy Perry dan Lionel Richie akan mengetuai sambutan itu yang juga bakal menampilkan persembahan beberapa bintang popular lain, termasuk Steve Winwood, Take That, Andrea Bocelli, Bryn Terfel, Freya Ridings, Alexis Ffrench, Paloma Faith dan Tiwa Savage, lapor United Press International (UPI).

Konsert itu bakal berlangsung pada 7 Mei di pekarangan Istana Windsor dan akan disiarkan di televisyen, radio dan penstriman BBC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN