Pengunjung panik patung naga terbakar ketika pertunjukan Disneyland - Utusan Malaysia

Pengunjung panik patung naga terbakar ketika pertunjukan Disneyland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SACRAMENTO: Puluhan pengunjung yang menonton persembahan secara langsung di Disneyland California terkejut apabila sebuah patung naga animatronik gergasi dalam pertunjukan itu tiba-tiba terbakar.

Video dalam talian menunjukkan naga sepanjang 13 meter diberi nama Maleficent disambar api namun anggota bomba pantas mengawal kebakaran.

Kejadian berlaku semasa persembahan Fantasmic yang memaparkan patung dan objek air menentang graviti, piroteknik dan Mickey Mouse.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu.

Namun letupan kuat dan api yang marak menyebabkan penonton berlari menyelamatkan diri dan petugas segera membantu membawa penonton keluar dari kawasan itu.

Disneyland dalam satu kenyataan berkata, asap tebal menyebabkan beberapa tarikan berhampiran di taman tema tersebut terpaksa ditutup dan pengunjung di kawasan sekitar turut dibawa keluar.

Punca kebakaran masih disiasat dan sebarang pertunjukan serupa melibatkan pembakaran dan kesan api yang serupa tidak lagi dibenarkan di semua taman tema Disneyland di seluruh dunia sebagai langkah berjaga-jaga.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN