Penampakan anak bulan: Arab Saudi, Qatar dan UAE sambut Aidilfitri Jumaat - Utusan Malaysia

Penampakan anak bulan: Arab Saudi, Qatar dan UAE sambut Aidilfitri Jumaat

ARAB Saudi mencerap anak bulan malam ini untuk menentukan tarikh 1 Syawal 1444 Hijrah. -AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sah menyambut 1 Syawal bermula pada hari ini, Jumaat, 21 April 2023.

Lapor Arabian Business, di Arab Saudi, anak bulan Syawal dilaporkan dilihat di Tamir.

Mahkamah Diraja mengeluarkan kenyataan melalui Agensi Akhbar Saudi, mengumumkan bahawa Jabatan Bulan Sabit, Mahkamah Agung memutuskan bahawa Jumaat, 1 Syawal 1444 Hijriah bersamaan 21 April 2023 adalah hari pertama Aidilfitri yang penuh keberkatan.

Sempena Hari Raya Aidilfitri, Mahkamah Agung mengucapkan tahniah kepada Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Mahkamah Agung Arab Saudi juga menyeru semua umat Islam untuk melihat hilal bulan Syawal pada hari Khamis, 29 Ramadan untuk tahun ini 1444 Hijrah.

Malah, kerajaan mengisytiharkan cuti umum hujung minggu selama  empat hari untuk Aidilfitri yang akan berlangsung dari 20 hingga 23 April.

Dengan melihat anak bulan, bermakna hari Jumaat akan menjadi hari pertama Aidilfitri di Arab Saudi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya