PBB mahu batal sekatan wanita Afghanistan untuk bekerja, terima

PBB mahu sekatan wanita Afghanistan untuk bekerja, terima hak pendidikan dibatalkan

DEENA Rahimi, pelajar gred 12 dari sebuah sekolah menengah menangis ketika ditemu bual apabila sekolahnya melarang pelajar perempuan menghadiri kelas sewaktu sesi baharu persekolahan 21 Mac lalu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Pegawai tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran terhadap perintah kerajaan Taliban yang melarang wanita Afghanistan daripada bekerja di negara itu.

Lapor AFP, badan itu menyifatkan tindakan tersebut melanggar piagam badan dunia dan menuntut supaya larangan itu dibatalkan.

PBB juga mengarahkan semua kakitangan Afghanistan termasuk lelaki untuk tidak melaporkan diri ke pejabat masing-masing jika larangan bekerja ke atas kakitangan wanita di negara itu terus dikuatkuasakan.

Pihak berkuasa Taliban mengenakan banyak sekatan ke atas wanita Afghanistan sejak merampas kuasa pada 2021 termasuk melarang mereka daripada mendapatkan pendidikan tinggi dan banyak jawatan dalam kerajaan.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres turut menuntut larangan berkenaan dan berharap ia dapat dibatalkan serta-merta.

Jurucakap bagi pihak Guterres, Stephane Dujarric dalam satu kenyataan berkata, tindakan ini disifatkan pencabulan hak asasi manusia wanita yang tidak boleh diketepikan.

Penyelaras kemanusiaan PBB di Afghanistan, Ramiz Alakbarov berkata, piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu akan dilanggar kerana larangan tersebut.

“Adalah jelas sekali bahawa tiada pihak berkuasa boleh memberi arahan kepada PBB… tentang siapa yang patut diambil bekerja. Kami tidak akan membuat pengecualian,,” kata Alakbarov kepada AFP.

Majlis Keselamatan PBB turut merancang untuk membincangkan isu itu pada satu mesyuarat tertutup.

Timbalan Setiausaha Agung PBB, Amina Mohammed memberitahu wartawan di New York bahawa kakitangan wanita Afghanistan dalam pertubuhan itu akan terus menerima gaji mereka.

“Saya amat bimbang dengan hakikat bahawa pada bulan Ramadan, apa yang kita dapat daripada Taliban adalah mogok terhadap ajaran dan akidah Islam,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya