Pandemik Covid-19 dimasukkan dalam buku teks sejarah sekolah China - Utusan Malaysia

Pandemik Covid-19 dimasukkan dalam buku teks sejarah sekolah China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Buku teks sejarah sekolah di China yang mengandungi ‘kisah pandemik Covid-19’ di negara ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat.

Beberapa pihak mempersoalkan jika bahan yang diterbitkan dalam buku teks tersebut adalah sahih atau sengaja diada-adakan.

Parti Komunis China pada awal tahun ini mengisytiharkan bahawa negara itu ‘berjaya sepenuhnya mengawal penularan Covid-19’.

Beijing sebelum ini diselar pelbagai pihak di seluruh dunia kerana didakwa menyembunyikan maklumat sebenar mengenai penularan virus maut tersebut.

Persoalan mengenai buku teks tersebut mula timbul selepas satu perenggan ayat dalam buku berkenaan mula tular dalam aplikasi Douyin.

Gambar itu dipercayai dimuat naik oleh seorang guru sejarah dengan kapsyen ‘isu Covid-19 sudah dimasukkan dalam buku teks sejarah sekolah’.

Berdasarkan penelitian yang dilakukan BBC terhadap buku teks tersebut, isu berkaitan Covid-19 diletakkan di bawah bab ‘Perubahan dalam Kehidupan Sosial’.

Turut dimasukkan kenyataan berbunyi ‘pendapatan rakyat China meningkat, selain perubahan gaya hidup’ sejak negara itu wujud sejak 1970-an.

Selain itu, turut dinyatakan kerajaan China sentiasa bertungkus-lumus dalam memastikan kesejahteraan rakyat, termasuk sektor kesihatan, terutamanya dalam memerangi penularan koronavirus.

Namun, kenyataan itu mencetuskan persoalan pelbagai pihak selepas China melaksanakan dasar sifar Covid-19 yang menyaksikan perintah berkurung ketat dilaksanakan di pelbagai kawasan sehingga menyebabkan rakyat terkurung dan sukar menjalani kehidupan harian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya