Menteri Luar Iran dan Arab Saudi bermesyuarat pertama kali di

Menteri Luar Iran, Arab Saudi bermesyuarat pertama kali di China

CHINA membantu menjadi perantara di antara Arab Saudi dan Iran. -REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Menteri luar Iran dan Arab Saudi mengadakan mesyuarat rasmi pertama diplomat tertinggi kedua-dua negara dalam tempoh tujuh tahun.

Penyiar kerajaan Arab Saudi, Al Ekhbariya mengeluarkan rakaman ringkas pertemuan itu di Twitter yang menunjukkan Putera Faisal Farhan dan rakan sejawatannya dari Iran, Hossein Amir-Abdollahian berjabat tangan dan tersenyum di hadapan lukisan tradisional Cina serta bendera negara masing-masing.

Mereka kemudiannya menuju ke bilik mesyuarat di mana mereka kelihatan duduk di kerusi dan berbual.

Iran dan Arab Saudi bersetuju pada Mac lalu untuk memulihkan hubungan dan membuka semula misi diplomatik dalam tempoh dua bulan selepas keretakan selama bertahun-tahun yang menimbulkan ketegangan di rantau Teluk dan memperdalamkan konflik dari Yemen ke Syria.

Kedua-dua pemimpin itu membincangkan langkah-langkah ke arah membuka semula kedutaan dan konsulat mereka, lapor agensi berita AFP memetik Agensi Berita Republik Islam Iran.

China dilaporkan membantu menyatukan kedua-dua pihak dan menjadi perantara perjanjian penting itu.

Riyadh memutuskan hubungan rasmi selepas penunjuk perasaan Iran menyerang misi diplomatik Arab Saudi pada 2016 berikutan hukuman mati oleh Arab Saudi terhadap pemimpin Islam Syiah, Nimr al-Nimr.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN