Melbourne atasi Sydney penduduk paling ramai

Melbourne atasi Sydney penduduk paling ramai

MELBOURNE kini dilaporkan memiliki penduduk paling ramai berbanding Sydney. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Melbourne mengatasi Sydney sebagai bandar paling ramai penduduk di Australia buat kali pertama berikutan perubahan sempadan.

Lapor BBC, Sydney selama ini memegang gelaran itu selama lebih daripada 100 tahun.

Tetapi dengan populasi yang berkembang pesat di pinggir Melbourne, had bandar diperluaskan merangkumi kawasan Melton.

Angka terkini yang dikeluarkan kerajaan menunjukkan dari Jun 2021, populasi Melbourne pada angka 4,875,400 iaitu 18,700 lebih ramai daripada penduduk Sydney.

Biro Perangkaan Australia (ABS) mentakrifkan kawasan bandar baharu yang penting dengan memasukkan semua pinggir bandar yang menghubungkan lebih daripada 10,000 orang.

Andrew Howe dari ABS memberitahu akhbar Sydney Morning Herald, dia menyifatkan sempadan yang diubah semula sebagai satu teknikal.

“Sehingga definisi banci 2021, kawasan penting Sydney mempunyai populasi yang lebih tinggi daripada Melbourne. Bagaimanapun, dengan penggabungan Melton ke Melbourne dalam klasifikasi terkini, Melbourne mempunyai lebih ramai orang daripada Sydney,” katanya.

Menurut ABS, wilayah yang lebih besar di bandar mengambil kira kawasan berfungsi termasuk penduduk yang kerap bersosial, membeli-belah atau bekerja di dalam bandar, tetapi mungkin tinggal di bandar kecil dan kawasan luar bandar di sekelilingnya.

Bagaimanapun Kerajaan Persekutuan meramalkan Greater Melbourne akan mengatasi Greater Sydney pada 2031-32.

Ini bukan kali pertama Melbourne memegang gelaran bandar terbesar di Australia.

Akibat lonjakan emas pada akhir abad ke-19 yang menyaksikan pendatang berduyun-duyun ke negeri Victoria, Melbourne berkembang pesat dan mengatasi Sydney sehingga 1905.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN