Lima maut akibat varian Arcturus di Britain

Covid-19: Lima maut akibat varian Arcturus di Britain

SEBANYAK 135 kes varian Arcturus dikesan di Britain.  - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lima penduduk di Britain dilaporkan meninggal dunia akibat subvarian baharu Covid-19, Arcturus yang kini mencetuskan lonjakan kes di seluruh India.

Lapor Daily Mail, Ketua Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) mengesan sebanyak 135 kes Arcturus yang pertama kali dilaporkan di Britain pada pertengahan Februari lalu.    

Hanya satu wilayah UK iaitu North East masih belum merekodkan sebarang kes jangkitan Arcturus.

Dilaporkan, lima kematian itu termasuk dalam 135 kes jangkitan yang dikesan di negara itu.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada mangsa meninggal dunia akibat strain tertentu atau yang sama.

Sementara itu, data pengawasan genomik menunjukkan strain XBB.1.16 atau Arcturus membentuk kira-kira 2.3 peratus daripada semua kes baharu yang dilaporkan.

Jumlah kes jangkitan itu dilaporkan meningkat tiga kali ganda sejak awal bulan lalu.

Data tidak rasmi mendakwa kira-kira 65,000 rakyat Britain dijangkiti subvarian itu hampir setiap hari.

Pegawai UKHSA menyifatkan subvarian Arcturus sebagai antara strain Covid yang `paling kompetitif’ di UK.   

Strain Arcturus yang dianggap 1.2 kali ganda lebih menular berbanding subvarian utama lain, menyebabkan lonjakan kes kematian di India, dengan kes jangkitan meningkat 90 kali ganda sejak ia pertama kali dikesan dua bulan lalu.       

Malah, beberapa negeri di India yang teruk terjejas akibat Arcturus sudah mewajibkan semula pemakaian pelitup muka untuk mengawal penularan subvarian berkenaan.  

Arcturus adalah hasil gabungan atau ‘rekombinan’ dua varian Omicron iaitu BA.2.10.1 dan BA.2.75 yang pertama kali dikesan pada akhir Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN