Lelaki ‘pemurah’ campak duit di lebuh raya - Utusan Malaysia

Lelaki ‘pemurah’ campak duit di lebuh raya

SEORANG wanita menunjukkan wang kertas AS$100 yang ditemui di kawasan lebuh raya di Eugene di Oregon.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OREGON: Puluhan kenderaan berhenti di kawasan jalan yang sibuk di Oregon kerana ingin mengutip wang kertas berjumlah lebih AS$200,000 (RM883,625) yang sengaja dilempar seorang pemandu ‘pemurah’ dari tingkap keretanya.

Polis Negeri Oregon berkata, Colin Davis McCarthy, 38 sengaja menabur wang tunai itu keluar dari tingkap kenderaannya di tengah jalan Interstate 5, berhampiran penanda batu 192 di Eugene.

Lapor UPI, McCarthy yang tidak didakwa atas sebarang jenayah memberitahu pegawai polis, dia hanya mahu berbuat baik dan ingin  memberkati mereka yang lalu lalang di kawasan itu dengan hadiah wang.

Wang itu dipercayai datang daripada akaun bank keluarga McCarthy.

Polis memberi amaran kepada McCarthy bahawa dia boleh ditahan kerana membuang sampah atau mencetus situasi berbahaya di lebuh raya, menyebabkan lelaki berkenaan akhirnya bersetuju untuk berhenti membuang wangnya itu.

Pegawai Polis, Kapten Kyle Kennedy berkata, ramai pemandu lain yang berhenti di lebuh raya dan puluhan daripada mereka sempat mengutip wang kertas bernilai AS$100 yang dilempar McCharthy.

“Kami menggesa orang ramai supaya tidak pergi mencari wang di lebuh raya kerana tindakan itu sangat berbahaya dan boleh menyumbang kepada kejadian tidak diingini,” kata Kennedy memberitahu OregonLive.

Kennedy berkata, beberapa pegawai dikerahkan untuk memeriksa sekitar kawasan lebuh raya bagi mencari baki wang tunai tersebut namun gagal menemukannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN