Laluan berliku Rishi Sunak hadapi PRU Britain - Utusan Malaysia

Laluan berliku Rishi Sunak hadapi PRU Britain

RISHI SUNAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SWINDON: Rishi Sunak berdepan ujian pilihan raya besar pertamanya sebagai Perdana Menteri Britain minggu hadapan dalam pilihan raya negara itu selepas parti pembangkang daripada Parti Buruh berharap dapat memanfaatkan setahun huru-hara untuk Konservatif yang memerintah, menjelang pilihan raya kebangsaan yang dijangka tahun depan.

Perdana Menteri Britain itu berdepan ujian besar dengan parti pembangkang iaitu Parti Buruh menjelang pilihan raya negara itu yang dijadualkan pada tahun hadapan.

Sunak cuba memulihkan kredibiliti Parti Konservatif sejak memegang jawatan perdana menteri dan bergelut bagi melakukan beberapa garis panduan di Britain serta berjaya dalam isu seperti Brexit.

Difahamkan pengundi negara itu berdepan dengan krisis kos sara hidup dan inflasi yang begitu tinggi pada kira-kira 10 peratus.

Pemimpin pembangkang daripada Parti Buruh Keir Starmer berusaha mengembalikan partinya itu akan berkuasa pada pilihan raya akan datang yang dijadualkan sebelum Januari 2025.

Swindon mengembalikan penggubal undang-undang yang mewakili parti yang menang ketika itu pada setiap pilihan raya sejak 1983, menjadikan pihak pembangkang memilih bandar berkenaan bagi melancarkan kempen pilihan raya negara mereka.

Ahli parlimen daripada Parti Buruh Jonathan Reynolds, berkata jawatan kepimpinan negara adalah penting dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau turut menyatakan keyakinan menjelang hari pengundian dan mendapat purata 15 peratus lebih tinggi hasil tinjauan yang dilakukan.

Pengarah Politik Keiran Pedley di Ipsos, berkata Sunak meluaskan pengaruhnya dengan isu kos sara hidup untuk meningkatkan lagi keyakinan pengundi terhadap partinya menjelang pilihan raya umum negara itu.

Pemimpin Konservatif Swindon Borough Council David Renard, berkata gambaran secara umum mungkin menghalang percubaannya untuk fokus berkempen terutamanya membabitkan isu tempatan.

“Walaupun kebanyakan pengundi berpendapat bahawa perdana menteri berjaya menstabilkan negara dalam beberapa bulan kebelakangan ini, masih terdapat sedikit kemarahan yang tersisa mengenai beberapa perkara yang berlaku tahun lalu,” katanya – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya