Kuning telur dalam lukisan Leonardo da Vinci

Kuning telur dalam lukisan Leonardo da Vinci

KARYA Madonna of the Carnation dipamerkan di Alte Pinakothek di Munich, Jerman. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian baharu mendakwa artis tersohor seperti Leonardo da Vinci, Sandro Botticelli dan Rembrandt mungkin pernah menggunakan bahan protein terutamanya kuning telur dalam karya lukisan minyak mereka.

Lapor CNN, beberapa kesan sisa protein sudah lama dikenal pasti dalam lukisan minyak klasik namun ia sering dikaitkan dengan pencemaran.

Kajian baharu disiarkan dalam jurnal Nature Communication mendapati kesan itu mungkin disengajakan dan menjelaskan pengetahuan teknikal dimiliki oleh para pelukis Eropah yang mahir pada abad ke-16, ke-17 atau awal ke-18 serta cara cat lukisan disediakan.

Pengarang kajian dari Institut Teknologi Karlsruhe di Jerman, Ophélie Ranquet berkata, terdapat sedikit sumber bertulis mengenai perkara itu

Malah, katanya, tiada kerja saintifik dilakukan sebelum ini untuk menyiasat subjek itu secara mendalam.

“Hasil kajian kami menunjukkan walaupun kuantiti kuning telur itu amat sedikit, anda boleh mencapai perubahan sifat menakjubkan dalam cat minyak.

“Ia juga mendedahkan bagaimana ia mungkin memberi manfaat kepada artis,” katanya.

Laporan menyatakan dengan hanya menambah sedikit kuning telur pada karya lukisan, ia ternyata boleh memberi kesan berpanjangan yang melangkaui nilai estetika.

Dilaporkan, lukisan karya Leonardo da Vinci yang terkenal, Madonna of the Carnation diperhatikan dalam kajian itu.

Bukti kesan kuning telur dalam cat minyak atau kekurangannya boleh dilihat dalam lukisan berkenaan. 

Karya lukisan itu yang dipamerkan di Alte Pinakothek di Munich, Jerman menunjukkan kedutan jelas pada wajah Mary dan kanak-kanak itu.

“Cat minyak mula mengering dari permukaan ke bawah, itulah sebabnya ia berkedut,” katanya.

Jelasnya, salah satu sebab kedutan berlaku mungkin kuantiti pigmen yang tidak mencukupi dalam cat.

Malah, katanya, kajian menunjukkan kesan itu boleh dielakkan dengan penambahan kuning telur.       

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya