Kes encephalitis pertama dikesan di England - Utusan Malaysia

Kes encephalitis pertama dikesan di England

Kes pertama encephalitis bawaan kutu disahkan di England baru-baru ini.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Rakyat Britain dinasihatkan berwaspada selepas virus bawaan kutu baharu yang boleh menyebabkan meningitis disahkan ditemui di beberapa kawasan di seluruh England.

Lapor Mirror UK, tick borne encephalitis (TBEV) paling baharu dikesan di seluruh England, termasuk dalam kes pertama yang disahkan di negara itu.

Kewujudan TBEV dikenal pasti di tiga kawasan di England, tetapi tahun hanya satu kes disahkan di Yorkshire.

Virus tersebut dikesan di Hampshire, Dorset, dan Norfolk tetapi jabatan kesihatan memberi amaran TBEV mungkin  terdapat di lokasi lain di seluruh United Kingdom (UK) kerana spesies kutu yang membawanya tersebar luas.

Penilaian risiko baharu mendapati tiga kes berkemungkinan atau disahkan sejak 2019 dan TBEV boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain daripada selesema ringan kepada meningitis atau ensefalitis.

Gejala selalunya serupa dengan meningitis termasuk demam panas, sakit kepala, leher kaku, pitam dan tidak sedarkan diri.

Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA) dan Jabatan Alam Sekitar Makanan dan Hal Ehwal Luar Bandar sedang menyiasat peningkatan mendadak virus itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Walaupun pertama kali TBEV dikesan di England, namun virus tersebut sudah lama diketahui berlegar di beberapa negara lain termasuk di Eropah.

UKHSA jug mengesyorkan perubahan kepada ujian di hospital untuk membolehkan pengawasan yang lebih baik termasuk pengawasan tanpa gejala pada penduduk di Yorkshire di mana kes itu ditemui.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN