Indonesia komited hapuskan mafia pemerdagangan manusia

Indonesia komited hapuskan mafia pemerdagangan manusia

MAHFUD MD melawat Batam di Kepulauan Riau untuk membincangkan isu pemerdagangan manusia. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia menegaskan semula komitmen dan kesungguhan negara itu dalam usaha menghapuskan mafia pemerdagangan manusia.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Penyelaras Politik, Undang-Undang dan Hal Ehwal Keselamatan, Mahfud MD ketika membuat lawatan ke Batam, Kepulauan Riau untuk membincangkan isu pemerdagangan manusia.

“Aktiviti pemerdagangan manusia merupakan jenayah keji terhadap kemanusiaan dan kerajaan sudah mempunyai undang-undang berkaitan mengenai isu ini,” katanya seperti dilaporkan oleh portal Antara.

Beliau turut mengutuk dan menyifatkan sindiket itu sebagai berbahaya serta ancaman kepada kemanusiaan, selain menjadi punca kehilangan pendapatan bagi mangsa.

Justeru, beliau menggesa tindakan secara kolektif diambil untuk menggagalkan jenayah tersebut.

“Jika individu dilayan sebagai hamba di tempat tertentu seperti di kapal atau semasa bekerja di ladang tanpa diberi gaji, pasport dirampas dan alami masalah lain, maka kita harus mengambil tindakan secara bersama terhadap jenayah tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, Mahfud MD berkata, tujuan lawatannya ke Batam adalah untuk memberi amaran kepada pelaku pemerdagangan manusia untuk menghentikan aktiviti mereka.

“Ini adalah amaran keras kepada sindiket pemerdagangan manusia sama ada di institusi kerajaan atau pihak swasta, saya sudah mempunyai senarai yang terlibat.

“Bagaimanapun, senarai ini akan disahkan terlebih dahulu bagi membuktikan kesahihannya,” katanya.

Tambah beliau, selepas lawatan Batam itu berakhir, kerajaan akan memproses data yang dikumpul semasa kunjungan itu untuk tindakan selanjutnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya