Hartawan Indonesia ‘borong’ rumah mewah Singapura - Utusan Malaysia

Hartawan Indonesia ‘borong’ rumah mewah Singapura

BANGLO di Jalan Nassim, Singapura yang dibeli keluarga hartawan dari Indonesia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebuah keluarga dari Indonesia dilaporkan membeli tiga buah rumah banglo di kawasan elit Singapura bernilai lebih $206.7 juta dolar Singapura (RM689.3 juta) sekali gus mencatat rekod antara jualan hartanah tertinggi di negara itu tahun ini.

Lapor CNN Indonesia, Mingtiadi yang merupakan sebuah syarikat menjalankan perniagaan hartanah, menerima maklumat bahawa pembeli itu dikenali sebagai keluarga hartawan Indonesia namun identitinya tidak didedahkan.

Kediaman itu dibeli daripada Cuscaden Peak Investments, sebuah syarikat yang bergabung dengan Temasek Holdings.

Jurucakap Cuscaden Peak berkata, tiga banglo itu terletak di Jalan Nassim, Singapura.

Tiga kediaman dua tingkat dengan nombor 42, 42A dan 42B di Daerah 10 itu bertukar tangan pada harga $4,500 dolar Singapura (RM15,005) sekaki persegi.

“Walaupun 14 peratus lebih rendah daripada harga permintaan awal untuk Cuscaden sebanyak $239 juta dolar Singapura (RM796.97 juta) pada September lalu, transaksi ini direkodkan sebagai harga tertinggi yang baharu,” jelas jurucakap Mingtiadi.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh Mingtiandi, keluarga Indonesia itu mahu membina semula banglo tersebut untuk kegunaan persendirian.

Keluarga berkenaan dilaporkan akan berjiran dengan salah seorang pengasas bersama Facebook, Eduardo Saverin yang membeli sebuah rumah agam seluas 84,500 kaki persegi di Jalan Nassim dengan harga $230 juta dolar Singapura (RM766 juta) pada 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN