Harry sah hadir Majlis Pertabalan Raja Charles tanpa Meghan,

Harry sah hadir Majlis Pertabalan Raja Charles tanpa Meghan, anak-anak

MEGHAN Markle dan anak-anak akan ditinggalkan di AS sementara Harry menghadiri Majlis Pertabalan Raja Charles di United Kingdom. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Putera Harry dilaporkan akan menghadiri Majlis Pertabalan Raja Charles bulan depan, tetapi isterinya Meghan, Duchess of Sussex, akan kekal berada di Amerika Syarikat (AS) bersama anak-anak pasangan itu.

Lapor CNN, Istana Buckingham mendedahkan berita tersebut berikutan spekulasi yang kencang dalam kalangan rakyat.

Kata pihak Istana Buckingham dalam satu kenyataan, pihak istana dengan sukacitanya mengesahkan bahawa The Duke of Sussex akan menghadiri majlis pertabalan di Westminster Abbey pada 6 Mei akan datang.

“Bagaimanapun Duchess of Sussex akan kekal di California bersama Putera Archie dan Puteri Lilibet,” menurut kenyataan istana.

Terdapat spekulasi yang meluas sama ada pasangan Sussex itu akan menghadiri majlis bersejarah itu.

Pada Mac lalu, jurucakap istana memberitahu CNN bahawa pasangan itu menerima jemputan ke pertabalan tetapi masih belum mengesahkan kehadiran mereka.

Dalam buku memoirnya, ‘Spare’ yang dilancarkan pada bulan Januari, Putera Harry melancarkan satu siri ‘serangan’ terhadap ahli keluarganya dengan mendedahkan beberapa konfrontasi peribadi dan kerabat diraja yang lain selain memperincikan perpecahannya keluarga.

Butiran tentang persaingan adik-beradik antara Harry dan abangnya Putera William turut dikongsi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN