Gempa bumi kuat 7.3 magnitud landa kepulauan Kermadec

Gempa bumi kuat 7.3 magnitud landa kepulauan Kermadec

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.3 skala Ritcher melanda Kepulauan Kermadec berhampiran New Zealand, pagi tadi.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGC), gempa bumi itu berada pada kedalaman 10 kilometer (km).

Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat (AS) memaklumkan kejadian gempa itu membawa ancaman tsunami.

Sementara itu, pihak berkuasa New Zealand memaklumkan gempa bumi itu berlaku pada pukul 8.42 pagi tadi.

Jelasnya, Agensi Pengurusan Kecemasan Nasional (NEMA) sedang meneliti sama ada gempa bumi itu membawa ancaman tsunami yang boleh menjejaskan New Zealand. – REUTERS/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.