Dunia kutuk Israel ‘serang’ Al-Aqsa

Dunia kutuk Israel ‘serang’ Al-Aqsa

TENTERA Israel berkawal ketika penduduk Palestin bersembahyang di pekarangan Masjid al-Aqsa Baitulmaqdis semasa bulan suci Ramadan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Kritikan dan kebimbangan global memuncak selepas polis Israel bertempur dengan penduduk Palestin di Masjid Al Aqsa sehingga mencetuskan serangan roket dan se­rangan udara tentera di Semenanjung Gaza-Israel, kelmarin.

Menurut tentera dan saksi, dua lagi roket dilaporkan di­lepaskan dari Semenanjung Gaza yang berjaya disekat Israel.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres melalui jurucakapnya berkata, beliau begitu terkejut melihat rakaman yang menunjukkan pasukan ke­selamatan Israel memukul jemaah di masjid itu lebih-lebih lagi kejadian terbabit berlaku dalam bulan mulia yang sepatutnya dalam tempoh aman.

Jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan White House, John Kirby pula berkata, Amerika Syarikat (AS) amat bimbang dengan keganasan yang berte­rusan, sekali gus menggesa semua pihak supaya mengelak da­ripada memburukkan lagi ketegangan.

MELAMPAUI GARISAN MERAH
Presiden Turkiye, Recep Tay­yip Erdogan yang negaranya menjalin semula hubungan diplomatik dengan Israel me­negaskan, menginjak Masjid Al-Aqsa dianggap melampaui ‘garisan merah’ mereka.

Semalam, polis Israel menye­rang dan menangkap lebih 400 jemaah Palestin dalam serbuan ganas di pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Menurut pegawai tempatan, ratusan rakyat Palestin ditangkap dan ditahan di balai polis di Atarot di Baitulmuqaddis Timur selepas polis Israel menyerang para jemaah, konon untuk menahan pemberontak bertopeng yang mengunci diri di dalam masjid itu dengan bunga api, kayu dan batu.

Saksi Palestin berkata, polis Israel menggunakan kekerasan yang berlebihan apabila mereka mula melempar bom tangan dan gas pemedih mata ke arah para jemaah yang sedang menunaikan solat dan bertadarus al-Quran.

Lapor Al Jazeera, mereka turut bertindak kejam memukul para jemaah menggunakan belantan dan senapang hingga menyebabkan kecederaan dan se­sak nafas.
Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan terdapat 12 kece­de­raan termasuk tiga orang yang ter­paksa dikejarkan ke hospital.

SEMAKIN MERUNCING
Jurucakap kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas berkata, Israel mewujudkan keadaan yang semakin meruncing, tidak stabil dan tegang.

Saksi warga Palestin, Abdel Karim Ikraiem, 74, berkata, polis Israel yang dilengkapi cota, peledak gas pemedih mata dan bom asap menyerbu Masjid Al-Aqsa menggunakan kekerasan serta memukul lelaki dan pe­rempuan yang sedang beribadah, awal pagi kelmarin.

Rakaman video yang tersebar luas menerusi media sosial memaparkan pasukan rejim Zio­nis memukul jemaah di atas lantai dalam masjid itu.

Palang Merah Palestin memaklumkan bahawa pihaknya merawat 37 orang termasuk me­reka yang dilepaskan daripada tahanan kemudian.

Kumpulan Hamas yang memerintah Gaza menyeru rakyat Palestin di Tebing Barat supaya pergi beramai-ramai untuk mempertahankan Masjid Al-Aqsa.

CAMPUR TANGAN ANTARABANGSA
Menteri Hal Ehwal Awam Pa­lestin, Hussein al-Sheikh, mengutuk tindakan polis Israel itu serta menegaskan tahap kekejaman itu memerlukan tindakan daripada masyarakat Palestin, Arab dan an­tarabangsa dengan segera.

Liga Arab turut mengecam kejadian itu sebagai serangan ke atas orang beriman serta me­ngadakan mesyuarat tergempar manakala Jordan membidas serbuan berkenaan dan mendesak pasukan keselamatan Israel untuk meninggalkan kawasan masjid dengan serta-merta.

Qatar yang tidak mengiktiraf Israel pula memberi amaran bahawa tindakan rejim Israel akan memberi kesan serius terhadap keselamatan dan kestabilan rantau itu, serta menjejaskan usaha memulihkan proses damai yang tergendala, jika masyarakat an­ta­rabangsa tidak bertindak segera.’

Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Maghribi yang menjalin hu­bungan dengan Israel pada 2020 hasil langkah perantaraan AS juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis rejim Zionis itu manakala Jerman menggesa kedua-dua pihak agar melakukan segala yang terdaya untuk meredakan keadaan.

Dalam pada itu, Menteri Ke­selamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir pula menyuarakan sokongan penuh kepada polis rejim Zionis dan tindakan mereka yang disifatkannya sebagai pantas serta nekad itu.–AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN