DUBAI: Sebuah plat lesen kenderaan dijual pada harga 55 juta dirham (AS$15 juta atau RM65.845 juta) pada acara lelongan amal di sini dengan harga yang dikatakan oleh penganjur Emirates Auction sebagai harga mencapai rekod dunia.
Lapor CNN, P7 adalah plat yang berjaya memecahkan rekod sebelumnya yang dimiliki oleh Saeed Abdul Ghaffar Khouri yang membeli plat pada harga 52.2 juta dirham (AS$14.2 juta atau RM62.336 juta) pada Februari 2008 dalam lelongan yang dianjurkan oleh syarikat yang sama.
CNN menghubungi Guinness World Records untuk pengesahan rekod baharu itu tetapi tidak menerima maklum balas.
Hasil jualan akan diberikan kepada One Billion Meals, kempen kebajikan yang dikendalikan oleh Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum, pemerintah Dubai dan Perdana Menteri UAE.
Acara itu untuk membantu komuniti yang terdedah kepada kesukaran di seluruh dunia dalam bulan suci Ramadan.
Plat berkenaan dibeli oleh Pavel Valeryevich Durov, ahli perniagaan Perancis-UAE yang mengasaskan aplikasi Telegram.
Plat lesen kenderaan juga dijual pada harga 2.950 juta dirham (AS$800,000 atau RM3.511 juta) dan 140,000 dirham (AS$38,000 atau RM166,799) di Four Seasons Hotel Jumeirah.