JAKARTA: Dua gempa bumi berukuran hampir enam magnitud melanda Kepulauan Batu di Indonesia pada awal pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC).
Menurut EMSC, gempa bumi pertama dikesan pada 6.1 magnitud di Kepulauan Batu awal padi tadi, diikuti dengan gegaran kedua 5.8 magnitud beberapa jam kemudian.
Jelas EMSC, gempa bumi pertama berlaku pada kedalaman 43 kilometer (km) manakala gempa kedua pada kedalaman 40km.
Sementara itu, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia pula menyatakan kedua gempa bumi itu tidak memberi ancaman tsunami. – REUTERS/AGENSI