Bapa 600 anak, dilarang derma sperma lagi

Bapa 600 anak, dilarang derma sperma lagi

JONATHAN MEIJER 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Sebuah mahkamah di Belanda mengarahkan seorang lelaki yang juga penderma sperma berhenti daripada `menghasilkan’ lebih ramai anak.  

Lelaki berusia 41 tahun yang dikenali sebagai Jonathan Meijer didakwa sudah menjadi penyumbang kepada kelahiran sekurang-kurangnya 600 anak di seluruh dunia.

Lapor Daily Mail, berdasarkan keputusan mahkamah, Jonathan kini dilarang untuk menderma spermanya lagi kepada klinik kesuburan.

Jonathan yang juga pemuzik dari The Hague, boleh dikenakan denda sejumlah 88,000 pound (RM493,353) bagi setiap pelanggaran.

Selain itu, hakim turut mengarahkan Jonanthan menghantar surat kepada klinik kesuburan di luar negara, dengan meminta mereka memusnahkan stok simpanan sperma miliknya.

“Bagaimanapun, ia tidak termasuk dos dikhaskan untuk ibu bapa yang sudah mempunyai anak menggunakan sperma didermakan lelaki terbabit,” jelas laporan itu.

Keputusan itu dibuat selepas satu kes sivil dimulakan oleh sebuah yayasan yang membela hak kanak-kanak daripada benih penderma dan ibu bapa yang menggunakan sperma Jonathan.  

Peguam yayasan menegaskan tindakan Jonathan yang terus menderma spermanya didapati melanggar hak kehidupan peribadi anak-anak penderma.

Menurut portal berita Algemeen Dagblad, Jonathan sudah pun dilarang menderma spermanya kepada klinik kesuburan di Belanda pada 2017 selepas diketahui bahawa dia mempunyai lebih 100 anak hasil pendermaan ‘benihnya’.

Bagaimanapun, dia didakwa terus menderma spermanya di luar negara termasuk bank sperma Denmark Cryos yang beroperasi di peringkat antarabangsa.

Dakwa laporan itu, Jonathan juga menawarkan perkhidmatan menderma spermanya menerusi laman sesawang dan media sosial.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya