Amaran udara toksik di Hamburg

Amaran udara toksik di Hamburg

API marak akibat kebakaran di Hamburg, Jerman, kelmarin. -AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FRANKFURT: Polis dan pegawai bomba di bandar Hamburg, Jerman memberi amaran kepada penduduk tempatan tentang kemungkinan udara toksik selepas kebakaran besar berlaku kelmarin di gudang kemudahan penyim­panan.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kebakaran itu, kira-kira 140 orang dipindahkan dan masih belum dapat dikatakan betapa bahayanya keadaan berkenaan.

Jurucakap bomba pula berkata, mereka berjaya mengurangkan sedikit tahap ancaman, walaupun api masih marak tengah hari semalam, namun, orang ramai dinasihatkan berada di dalam rumah dengan tingkap ditutup.

Pihak berkuasa berkata, kebakaran bermula sekitar pukul 4 pagi di Rothenburgsort, hanya beberapa kilometer di tenggara Hamburg tengah.

Asap itu dikatakan bergerak ke arah pusat bandar.– CNA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya