Aidilfitri: Pasar Tanah Abang diserbu pengunjung  - Utusan Malaysia

Aidilfitri: Pasar Tanah Abang diserbu pengunjung 

SUASANA Pasar Tanah Abang yang mula sesak dengan pengunjung kelmarin.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kurang dua minggu menjelang Aidilfitri, keadaan Pasar Tanah Abang dilaporkan semakin sesak dengan pengunjung. 

Setiap hari, para pengunjung kelihatan saling berhimpit dan memenuhi kedai di sepanjang lorong pasar itu sejak awal pagi.

Salah seorang peniaga busana kemeja disebut koko yang sering digayakan kaum lelaki di Indonesia berkata, tahun ini pasar itu jauh lebih sesak dengan pengunjung berbanding beberapa tahun sebelumnya.

“Setiap tahun kalau sudah menghampiri lebaran, pasar ini memang sesak dengan pengunjung yang mencari kelengkapan raya seperti baju koko, hijab, jubah dan gamis.

“Tetapi tahun ini kelihatannya lebih sesak berbanding tahun lalu, jelas lebih ramai orang sekarang,” kata Nur kepada Detik.com di Pasar Tanah Abang.

Berkat pengunjung yang semakin ramai, Nur mengakui jualannya meningkat dua kali ganda.

“Setiap hari berbeza, hasil jualan boleh mencecah 20 juta rupiah (RM5,913) dalam sehari jika ramai yang membeli,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN