Aidilfitri boleh jatuh hari Sabtu, 22 April -Pusat Astronomi

Aidilfitri boleh jatuh hari Sabtu, 22 April -Pusat Astronomi Antarabangsa

PENENTUAN ketika cerapan anak bulan atau Imkanurrukyah dibuat dalam menentukan bulan-bulan dalam takwim Hijrah terutama bulan Ramadan, Syawal dan Zulhijah. Gambar hiasan. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC) memberitahu bahawa Aidilfitri boleh jatuh pada hari Sabtu, 22 April ini.

Menurut Gulf News, IAC dalam ciapan Twitter memberitahu bahawa anak bulan pada Khamis hampir mustahil dilihat dengan mata kasar atau teleskop di kebanyakan negara Arab dan Islam kecuali bahagian Afrika Barat.

Jelas badan itu lagi, keadaan khusus, seperti teleskop yang tepat, pemerhati profesional dan cuaca luar biasa diperlukan untuk penampakan anak bulan berkenaan.

“Berdasarkan prinsip ini, pusat itu meramalkan Aidilfitri jatuh pada hari Sabtu, 22 April.

“Pusat itu juga menjelaskan bahawa ramalan ini berdasarkan ‘maklumat astronomi’ dan kriteria awal bulan berbeza-beza di seluruh dunia Islam,” ujarnya.

Negara-negara GCC termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Qatar, Oman dan Kuwait, sudah pun mengumumkan cuti Aidilfitri untuk sektor awam dan swasta di negara masing-masing.

UAE dan Arab Saudi mengisytiharkan cuti Aidilfitri pada hujung minggu selama empat hari, manakala Qatar mengumumkan cuti umum 11 hari.

Oman dan Kuwait akan memulakan cuti umum pada hujung minggu selama lima hari.

Mahkamah Agung Arab Saudi menyeru umat Islam untuk melihat hilal Syawal pada petang Khamis, 20 April dan melaporkan sebarang penampakan kepada mahkamah atau pusat hubungan terdekat.

Umat Islam yang berkemampuan untuk berbuat demikian digalakkan menyertai jawatan kuasa yang dibentuk bagi tujuan ini dan mengambil bahagian dalam proses melihat anak bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya